Monday 24 September 2012

Memasak bersama Pemanggang Ajaib - Sata Ikan

Sata Ikan...

Sata ni di buat oleh Mak saya.... kalo di  kedai/ Gerai... bentuk dia tak macam nih.. sebab Sata yang kat kedai tu perlu di cucuk pada besi pemanggang dan di bakar menggunakan dapur arang.
Sata homemade ni pulak bentuknya di ubah suai sebab nk panggang menggunakaa pemanggang ajaib.... Bentuk segitiga....

Tak perlu beli.... buat sendiri puas hati makan....iye idok....

Saya kongsi resipi untuk buat sata.....

Bahan- Bahan

Ikan sardin ( Ikan Selayang)  ( Ikan di rebus dan di buang tulang )
Kelapa parut muda        
Bawang Besar                        ( dimayang atau dipotong)
Cili Padi  @ Cili kering         ( dipotong  ) - Ikut pada kesukaan.
Garam

(Kalau nk nampak kelainan rasa dan bau boleh aje masukkan daun sup.. try and error ...:D )

Daun Pisang ( untuk membungkus)
Lidi atau staples

(Note : Mak kata kene lebihkan kelapa, jangan lebihkan ikan nanti Sata selepas di panggang akan jadi keras. )

Cara Menyediakan Sata

1. Isi Ikan  + Bawang besar + Kelapa Parut   = Ditumbuk lumat
2. Cili padi  = di potong halus dan di gaul dengan isi ikan.
3. Taburkan sedikit garam ( ikut sesedap rasa la... ok..)
4. Bungkus inti sata.


ini hasil air tangan mak saya...


Tempoh memanggang : Anggaran 10- 15 Minit ( bergantung kepada ketebalan inti )






 
Sata yang sedia untuk di panggang...




Sata yang siap dipanggang




Tadaaa... sedia untuk di makan.. YUM.. YUM



Rupa bentuk sata yang sebenar benarnya,,,,,,


No comments: